Wednesday, January 28, 2009

MUHAMMAD AMIR RAZIN



Putera bongsu ini (setakat inilah) merupakan anak jati Pulau Pinang.
Lahir pada 29 Mac 2008 di Permatang Pauh. Sekarang semakin lasak dan aktif. Anak manja ini pantang tengok abah dia balik.... asyik suruh dukung je.

MUHAMMAD AMIR SYAHMI


Anak manja ini dilahirkan di Klinik Pakar Selasih, Kulim pada 29 September 2003. Semakin cerdik dan dah boleh membaca ayat-ayat mudah. Manjanya.... fuh, bukan main lagi. Tapi sesuai dengan namanya.."mulia, bijak dab berani". Itulah hikmah pilih nama anak dengan betul

MUHAMMAD AMIR AJWAD

Putera kedua saya agak lincah dan cergas tetapi manjanya boleh tahan. Bercita-cita menjadi seorang pakar grafik, beliau sememangnya lasak dalam serba serbi. Dengan panggilan manja Ajwad yang bermaksud "yang lebih pemurah", beliau amat mengambil berat perihal adik-adiknya. Pemegang tali pinggang merah dalam Karate ini sangat meminati permainan video dan amat mudah memahami perkara-perkara berkaitan kerja-kerja kemahiran.

MUHAMMAD AMIR AKMAL


Gambar di sebelah merupakan putera sulong saya yang dipanggil Akmal @ Along dalam keluarga. Beliau merupakan anak yang bijak dan pintar. Sesuai dengan namanya yang bermaksud "cerdik, sangat pandai dan sempurna". Sering mendapat tempat kedua terbaik dalam kelasnya. Pemegang tali pinggang coklat dalam Karate. Hujung tahun ni nak upgrade untuk 'black belt' pulak.... kalau tanya cita-cita, dari dulu sampai sekarang, nak jadi Saintis..... moga-moga berjayalah.


Tuesday, January 27, 2009

Ahli Keluarga





Saya telah melangsungkan pernikahan dengan seorang wanita yang lemah lembut dan penyayang bernama Rozila binti Haji Mat Esa pada 18 Oktober 1997. Kehidupan kami diserikan dengan kehadiran 4 putera yang pintar dan comel.